Monday, October 24, 2005

Selamat Hari Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin


Aku rasa tak lah terlalu cepat aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kengkawan ex-IMU yang penah aku kenal :-) Sebelum korang sume balik kampung and start cuti / aku / korang mati, aku nak make sure lah aku takde dosa ngan korang. Harapnya korang maafkan lah aku kalo ada terasa hati dengan aku, atau benci aku sebab aku macam bagus jer, atau aku buat lawak yang korang takleh terima, atau aku terkutuk korang belakang-belakang (eh, tu apply untuk bos jer), aku terjoin korang mengutuk orang tanpa diundang, atau apa-apa jerlah menda yang bleh dikategorikan sebagai berdosa yang aku dah buat pada korang.

Nih lah first raya yang aku tak beraya di IMU semenjak aku keje. Perasaannya sama saja di IMU atau pun di tempat baru iaitu MALAS. Makin nak dekat raya nih makin malas nak buat keje sebab kepala dah dok pikir rendang ngan lemang panas =p~

Kirim salam aku (kalo korang berani pada Najjah dan Anwar) and kasi ucapan yang sama. Bagitau dioang aku ucap selamat kat Datuk Kamal ngan Darin Rosnah sekali. (Tengoklah kalo senang aku hantar jer kad raya...tapi tak penahnya aku senang :-) ) Kalo ada masa maybe aku akan drop kat Bangsar tuh beraya kat umah Datuk Kamal (kalo dioang tak halau aku).. So, sapa nak join?... Tak! aku tak harapkan duit raya...

4 Comments:

Blogger SunshineNugget said...

slurp slurp....
i also want rendang and lemang.....

1:08 AM  
Blogger Wardina said...

nk gak join ko gi umah datok kamal. ade geng br la best serbu rumah dorg.

7:56 PM  
Blogger pizli.mw said...

aku pun mintak maaf zahir batin jugak kepada semua.. selamat hari raya aidilfitri..

8:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

same2 selamat hari raya maaf zahir batin...ko nak eh kiteorg kem salam hehe btw nag tak masuk keje lagi...

9:33 PM  

Post a Comment

<< Home